Sabtu, 30 September 2017

FREEHOLD ATAU LEASEHOLD PILIHAN ANDA?

#1 :  Rumah freehold lebih cepat naik harga berbanding leasehold

Hartanah freehold selalunya lebih popular dan mendapat permintaan (demand) yang lebih tinggi berikutan kurangnya kuantiti unit hartanah freehold di pasaran berbanding pasaran leasehold.

Tetapi, faktor lokasi yang baik tetap memainkan peranan yang lebih besar berbanding status hartanah.

Jika lokasi tersebut mendapat permintaan yang tinggi, bermakna hartanah leasehold itu tetap akan menikmati kenaikan nilai yang tinggi dan stabil saban tahun.

#2 : Proses pindah milik hartanah
Hartanah freehold lebih senang dipindah milik. Secara amnya, tiada kekangan yang dikenakan dalam proses penukaran hak milik bagi hartanah freehold.

Ini bererti, pemilik bebas menjual kepada mana-mana individu tanpa perlu melihat kepada status pemilikan bumiputera. Sebaliknya bagi hartanah leasehold, kebenaran pindah milik tertakluk kepada kebenaran (consent) kerajaan negeri.

Umumnya di Selangor, hartanah leasehold milik bumiputera tak boleh dipindah milik kepada pembeli bukan bumiputera (syarat tersirat).

Syarat tersirat ialah syarat yang tak dinyatakan oleh kerajaan negeri, di mana ia lebih kepada budi bicara.

#3 : Risiko beli hartanah leasehold
Hartanah leasehold yang berbaki tempoh pajakan kurang dari 50 tahun, agak sukar untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.

Jika anda ingin beli hartanah dalam kes sebegini, minta kepada pemilik asal untuk memperbaharui premium pajakan kepada kerajaan negeri sebelum membuat pembelian.

#4 : Tempoh pindah milik hartanah leasehold

Tempoh pindah milik yang lebih lama diperlukan dalam kes penjualan hartanah leasehold. Ini kerana hartanah leasehold perlukan kebenaran (consent) daripada kerajaan negeri untuk dipindah milik.

Keseluruhan proses boleh mengambil masa antara 6 bulan hingga setahun, bergantung kepada jumlah aplikasi yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Kesannya, anda mungkin terpaksa menunggu lebih lama sebelum berpeluang berpindah ke rumah baru, berbanding pembeli yang memilih untuk membeli hartanah berstatus pegangan freehold.

Jika tuan puan ada pertanyaan atau pendapat, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 

012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.

Terima Kasih.

KENAPA PERLU BERURUSAN DENGAN EJEN HARTANAH BERDAFTAR?

1) Mengelakkan Penipuan
  • Ejen hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka dibekalkan dengan ID unik berserta Tag. (Mei 2014)
  • Setiap ejen Hartanah Berdaftar mesti bernaung di bawah Agensi Hartanah & wajib menghadiri Seminar Pendaftaran Ejen Hartanah
  • Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan
  • Deposit Pembeli akan di simpan ke dalam Akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai Pemegang Amanah bagi memastikan tiada penyelewengan
2) Melancarkan Proses Jual Beli/Sewaan
  • Urusan jual-beli tidak mudah. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.
  • Ejen hartanah akan memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.
  • Urusan sewaan juga kadangkala agak rumit. Jadi, tugas ejen hartanah adalah memastikan perjanjian sewa beli dan urusan berjumpa bakal penyewa berjalan lancar.
3) Kemahiran
  • Dalam proses jual beli, penting untuk kita mengetahui harga pasaran semasa, kelayakan seseorang pembeli, prosedur jual beli dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini ada pada ejen hartanah.
  • Seseorang ejen hartanah juga tahu mengetahui pasaran semasa sesuatu kawasan. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran.
  • Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.
  • Dengan melantik ejen hartanah, pastinya akan menjimatkan masa pihak penjual dalam mengenalpasti potensi pembeli.
4) Jaringan hartanah yang luas
  • Ejen hartanah boleh mengesyorkan pihak yang pakar di dalam setiap prosedur jual beli rumah seperti:
    • Pegawai Bank – melancarkan proses pinjaman pembeli
    • Penilai – memastikan harga di dalam nilai pasaran
    • Peguam yang baik – sangat penting bagi proses dokumentasi serta urusan pindah milik sesuatu hartanah
    • Senarai pembeli sedia ada.

Jika tuan puan ada pertanyaan atau pendapat, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 

012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.
Terima Kasih.

PELABURAN HARTANAH CABANG PERNIAGAAN

PELABURAN HARTANAH CABANG PERNIAGAAN

Ramai beranggapan bahawa hartanah susah untuk di jadikan sebagai perniagaan dengan keuntungan yang lambat dan prospek yang terhad mengikut nilai rumah yang berbeza.

Oleh itu, mereka takut untuk memulakan perniagaan dalam bidag hartanah. Anda perlu tahu bahawa nilai hartanah tidak menurun tetapi akan terus meningkat.

Permulaan setiap yang anda lakukan menentukan peluang yang akan anda dapat pada masa hadapan. Strategi apa yang akan anda guna untuk mencapai matlamat dalam pelaburan ini.

Ini adalah strategi yang dapat menjana keuntungan.

1- KONSEP BELI DAN JUAL
2- KONSEP BELI, SIMPAN DAN JUAL
3- KONSEP BELI, BAIK PULIH, DAN JUAL BALIK
4- KONSEP BELI, SIMPAN, DAN DAPATKAN ALIRAN TUNAI POSITIF

#1 KONSEP BELI DAN JUAL

Cara ini adalah strategi yang selalu pelabur gunakan iaitu mencari hartanah dengan harga yang berpatutan (harga murah) kemudian jual semula hartanah dengan harga pasaran yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini adalah cara mudah untuk anda faham:
  • Cari rumah lelong yangmengikut bajet yang anda tetapkan kerana rumah lelong terkenal dengan jualan harga yang cukup rendah dan anda boleh menjualnya semula dengan harga semasa. Perlu di ingatkan jika anda ingin membeli hartanah lelong pastikan anda mempelajari dahulu ilmu tentang hartanah lelong (termasuk cara pengiraan CHKT) supaya anda tidak mengalami kerugian.
  • Selain itu, anda boleh membeli rumah yang sedang dalam pembinaan (underconstruction­). Kebiasaannya, pemaju akan jual pada harga bawah nilai pasaran. Anda beli dahulu, kemudian jual rumah bila sudah siap dibina dan dapat kunci rumah.

#2 KONSEP BELI, SIMPAN, DAN JUAL

Seperti sedia maklum harga tanah akan terus meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu, anda cari dan beli hartanah dengan harga semasa (atau bawah harga pasaran), dan simpan dalam jangka masa tertentu.

Kemudian, jual balik hartanah tersebut untuk menjana keuntungan. Anda boleh gunakan strategi ini tetapi perlu buat kajian terlebih dahulu.

Sama ada hartanah yang anda beli ada potensi untuk naik harga ataupun tidak. Contohnya, akan ada ataupun tidak pembangunan baru (seperti LRT, MRT atau stesen pengangkutan awam yang lain) di kawasan tersebut.

Ini adalah salah satu sebab sesebuah harga hartanah meningkat. Anda juga boleh belajar ilmu CHKT kerana ada cukai yang anda perlu bayar dalam tempoh jual balik hartanah yang dibeli.

Jika tuan puan ada pertanyaan atau pendapat, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 

012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.
Terima Kasih.

Isnin, 20 Januari 2014

WAN EJEN HARTANAH 012-9185187 BANGI, KAJANG, SERDANG, NILAI, BUKIT MAHKOTA, BANDAR SERI PUTRA, SELANGOR, KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN

Welcome to My Personal Website!







Wan Muhamad Zamri Wan Nawang.
Mobile: 012-9185187.
Senior Property Negotiator attach with RESCOM REALTY VE(3)0244.
Probationary Estate Agent (PEA 1073).
www.NiagaHartanah.Com
www.Zamri.Rescom.My
www.Mudah.my/wanzamri

Almost 10 years experience. Specialize area in Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan, Cheras, Semenyih, Puchong, Subang Jaya, Sg Buloh, Shah Alam, Damansara, Ampang, Gombak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Mantin, Salak Tinggi, Kota Warisan, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Seremban, Sendayan dan sekitarnya.

Latest Coverage:
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan Melaka & Sabah.


Jika tuan puan ada pertanyaan atau pendapat, bolehlah layari website:


Atau terus Call/Sms/Wassap di talian: 

012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.

Terima Kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Utk mendapatkan khidmat urusan Jual, Beli, Sewa dan Pajak Rumah @ Hartanah Anda, sila klik link di bawah:

www.NiagaHartanah.Com/lantik-ejen

Atau boleh Call/Sms/Whatsupp "EJEN" untuk temujanji anda.

Boleh juga emelkan details Hartanah Anda utk Semak Harga Pasaran secara PERCUMA.

Details:

Nama Pemilik:
No Hphone:
Alamat Hartanah termasuk poskod:
Jenis Hartanah:
Luas Tanah:
Luas Binaan:
Anggaran Kos Reno jika ada:
Harga Jual/Sewa:
Gambar dalam dan luar hartanah:

E-mel ke: wanrealty2u@yahoo.com

WAN EJEN HARTANAH 012-9185187.
"Komitmen, Agresif & Fokus"
In Shaa Allah.

~END~